Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengusaha hotel di Perak tidak minat daftar MOTAC


Tarikh kemaskini: 08/01/2019





IPOH, 8 Jan (Bernama) -- Pengusaha atau pemilik perkhidmatan hotel dan rumah tumpangan di Perak kurang berminat berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata bagi mengatasi isu tersebut, pihaknya telah meminta kerjasama kementerian tersebut untuk mengesan pengusaha premis berkenaan.

Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai jumlah kesemua perkhidmatan hotel atau rumah tumpangan di Perak yang sudah berdaftar berikutan proses mengenal pasti premis sedang dilakukan.

“Saya diberitahu sambutan (proses pendaftaran) tidak begitu menggalakkan namun kementerian cuba untuk mengenal pasti pengusaha yang menjalankan perkhidmatan rumah tumpangan atau homestay.

“Kita kesan pengusaha premis menerusi Airbnb, tidak semua mendaftar di bawah kementerian, maka kementerian kini dalam proses menjalankan pemutihan bagi mengenal pasti mereka yang tidak berdaftar,” katanya dalam sidang media mengenai program penggambaran video untuk mempromosi Perak ke Guangzhou, China di sini hari ini.

Tan mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, Ahad lepas yang menegaskan pengusaha dan penyedia perkhidmatan hotel dan rumah tumpangan yang tidak berlesen serta berdaftar akan dikenakan tindakan tegas.

Beliau berkata, jika siasatan mendapati premis haram terbabit benar-benar wujud, pihak berkaitan perlu menyenaraikan nama dan bilangan premis untuk diambil tindakan tegas dengan segera kerana ia melibatkan keselamatan orang awam sebagai penyewa.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel