JVC1OOBeQCA Pengarah jabatan direman untuk siasatan bantu anak dapat tender
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengarah jabatan direman untuk siasatan bantu anak dapat tender


Tarikh kemaskini: 08/01/2019





GEORGE TOWN, 8 Jan (Bernama) --  Seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini hari ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung aduan terhadapnya menggunakan jawatannya untuk membolehkan syarikat milik anaknya memperoleh tender bernilai RM45,472.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rosnee Radzuan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan lelaki berumur 58 tahun itu yang disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pengarah itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada pukul 8.10 pagi ini selepas disyaki menggunakan jawatannya bagi membolehkan syarikat milik anak lelakinya diberikan tender dari jabatannya untuk  satu projek sistem kelas tabika di sini.

Dia dikatakan telah mencadangkan nama syarikat anaknya itu kepada jawatankuasa penilaian sebut harga untuk projek berkenaan. 

Sementara itu sumber dari SPRM memaklumkan anak lelaki pengarah itu yang berumur 27 tahun turut ditahan hari ini dan akan direman esok.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     

Pandangan berbeza cadangan gantian hukuman mati mandatori

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel