Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri hasil 40 video papar keunikan Perak


Tarikh kemaskini: 08/01/2019





IPOH, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan Negeri dengan tajaan beberapa syarikat swasta akan menghasilkan 40 video yang memaparkan keunikan tarikan pelancongan Perak untuk dipromosi di China terutama di wilayah Guangzhou.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata, pihaknya sedang membuat rangka kerja itu selain memilih lokasi sesuai untuk video berkenaan, yang dijangka siap pertengahan tahun ini. 

Video berdurasi kira-kira empat minit setiap satu yang berkonsepkan penceritaan pendek itu akan menonjolkan budaya, kesenian, makanan, produk serta kisah-kisah kebanggaan Perak untuk diceritakan kepada dunia.

“Jadi apabila siap video ini, harap ia akan merancakkan lagi industri pelancongan negeri ini selepas ditayangkan nanti,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Tan berkata pihaknya menerima maklum balas beberapa industri di China yang menyatakan Perak khususnya Ipoh masih ketinggalan dalam penggunaan pembayaran tanpa sentuh seperti Alipay dan WeChat.

“Kita akan terus meyakinkan pengusaha syarikat makanan dan minuman tempatan khususnya untuk mengaplikasi sistem pembayaran itu yang banyak digunakan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,” katanya.

Tambah Tan pihaknya yakin pada suku pertama tahun ini, satu penerbangan terus dari Ipoh ke Guangzhou akan mula beroperasi.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel