ievbrRRPyMI Kes cabul Shahidan Kassim ditunda 25 Feb
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kes cabul Shahidan Kassim ditunda 25 Feb


Tarikh kemaskini: 08/01/2019





KANGAR, 8 Jan (Bernama) -- Sebutan semula kes cabul melibatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditetapkan hari ini ditunda ke 25 Feb depan berikutan masalah  kesihatan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Menurut peguam tertuduh, Thalia Rohaina Abdul Latiff, Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Ainul Shahrin Mohamad juga menetapkan 18 Feb untuk penyerahan dokumen.

Thalia Rohaina berkata Shahidan mengalami penyakit yang menyebabkan badannya kebas dan perlu dimasukkan air.

Tertuduh yang merupakan anggota Parlimen Arau didakwa melakukan gangguan fizikal dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang kanak-kanak berumur 15 tahun 7 bulan dalam kenderaan dinaikinya di perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar pada 20 Okt lepas kira-kira pukul 11.30 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Beliau yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar pada 12 Dis lepas dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 dan dua penjamin.

Sementara itu, peguam yang mewakili mangsa, Mohd Hapiz Rajali berkata mangsa tidak berhasrat meneruskan kes tersebut.

"Anak guam saya ingin menumpu pada pelajaran dan tidak mahu diganggu," kata Mohd Hapiz.

Kes Shahidan menarik perhatian ramai sehingga polis terpaksa membuat kawalan keselamatan di kawasan Kompleks Mahkamah Kangar.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel