Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Eksekutif sumber manusia ditipu RM8,300 oleh 'polis' Kedah


Tarikh kemaskini: 30/12/2018





MIRI, 30 Dis (Bernama) -- Seorang eksekutif sumber manusia di sini menjadi mangsa terbaharu ‘Parcel Scam’ setelah kerugian RM8,300 diperdayakan individu menyamar sebagai pegawai polis dari Kedah pada Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 30 tahun pada mulanya dihubungi oleh seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Zulaikha Othman dari syarikat DHL Kuala Lumpur menggunakan nombor telefon 03-2241499.

“Mangsa diberitahu telah menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut untuk menghantar barang pada 12 Nov 2018 kepada individu bernama Sinom Phat Choi di Thailand dan barangan tersebut kini ditahan polis di Kedah kerana disyaki mengandungi dadah serta terlibat dalam aktiviti penyeludupan wang.

“Mangsa kemudian telah disambungkan panggilan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Faizal Zakaria dari polis Kedah yang meminta mangsa membuat pindahan wang ke nombor akaun CIMB Bank yang diberi lelaki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini..

Menurutnya, mangsa dalam keadaan panik memindahkan wang berjumlah RM8,300 dalam tiga transaksi ke dalam akaun tersebut. Menyedari dirinya telah ditipu mangsa telah membuat laporan polis semalam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel