Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM Kudat rampas rokok seludup pelbagai jenama


Tarikh kemaskini: 29/12/2018




KUDAT, 29 Dis (Bernama)-- Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya merampas sebanyak 5,480 bungkus rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup masuk ke sini dalam serbuan di kawasan Kampung Kanibongan Pitas, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 ACP Mohamad Pajeri Ali berkata serbuan terhadap sebuah van putih pada jam 5.45 petang itu mendapati rokok berkenaan tidak berkastam.

"PPM menahan pemandu van yang juga seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun dan turut merampas kenderaan itu" katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk sebuah van berjumlah RM305,800.00  dan juga rampasan melibatkan wang tunai bernilai RM15,155.00.

Beliau berkata antara jenama rokok itu termasuk era biru, era black,  era hijau, era click, premium gold, premium black, D&J black, D&J merah, D&J ice plus dan D&J biru double switch.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana dengan disedarinya melindungi, menyembunyi dan menyimpan apa-apa barang tidak berkastam atau barang larangan. 

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel