Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Video 'The Old Kuching Heritage' juara pertandingan Old Kuching Heritage


Tarikh kemaskini: 28/12/2018




KUCHING, 28 Dis (Bernama) --Video bertajuk ‘The Old Kuching Heritage’ hasil kerja Abang Azmi Reza Abang Abdul Rauf muncul juara kategori profesional pertandingan video pendek Old Kuching Heritage yang dianjurkan dari 28 Sept hingga 30 Nov lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Old Kuching Heritage berkata Abang Azmi menerima hadiah wang tunai RM5,000 manakala tempat kedua yang menawarkan hadiah RM3,000 dimenangi oleh Brendan Goh Chuan Lung dengan video bertajuk ‘Old Kuching Heritage’. 

Tempat ketiga pula dengan hadiah RM2,000 menjadi milik Abdul Muliadi Abdul Muluk dengan video bertajuk ‘Tudung Keringkam’.

Untuk kategori pelajar yang turut menawarkan hadiah wang tunai dengan jumlah sama, Vivian Wong Yu Yin dengan video bertajuk ‘myKuching’ muncul juara manakala tempat kedua oleh Nurul Hikmah Begum Ali Sabri (Banke at Carpenter Street, Kuching!) (Old Kuching Heritage) dan  Elizerbeth Patterson di tempat ketiga dengan video bertajuk ‘Kuching Waterfront’ Heritage.  

Tujuh peserta lain iaitu Mohd Shahrin Bakar, Sharveswary Malaiyalam, Aylwin Lim, Mohd Shahmin Sahari, Vanden Michael, Syahnur Asyikin Kee Charles dan Nur Elana Mohd Saferinor akan menerima hadiah sagu hati bernilai RM500 seorang.

Old Kuching Heritage berkata pertandingan itu bertujuan mempromosikan bandar raya Kuching sebagai destinasi pelancongan warisan dunia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel