Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hotline 0198960370 untuk buat laporan anjing liar di Miri


Tarikh kemaskini: 28/12/2018





MIRI, 28 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Miri (MBM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehadiran anjing liar berkeliaran di kawasan awam sekitar bandaraya, supaya membuat laporan dengan menghubungi hotline aplikasi Whatsapp 0198960370.

MBM dalam satu kenyataan berkata penyediaan hotline itu adalah salah satu daripada strategi pihaknya dalam membendung penularan jangkitan rabies di bandaraya, dengan tiga pasukannya sentiasa bersiap sedia untuk menangkap anjing liar dari pukul 8.00 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

"Operasi bagi mengawal populasi anjing liar di bandaraya berterusan sejak Julai 2017 lagi semasa wabak rabies diisytihar di Kuching. Sejumlah 2,394 anjing liar ditangkap antara Julai 2017 dan 18 Dis lepas,” menurutnya.

Bagi pemilik anjing, MBM berkata Undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Perlesenan dan Kawalan Anjing) 2016 yang dikenakan keatas semua 26 pihak berkuasa tempatan dalam Sarawak dan mula dikuatkuasa pada 1 Dis lepas, mewajibkan mereka mendapatkan lesen dengan bayaran fi RM30 bagi setiap anjing yang dimandulkan (steriled) dan RM90 bagi ‘non-sterilised’ bagi tempoh tiga tahun.

“Bagaimanapun bagi pemilik yang menghantar permohonan lesen anjing mereka antara 3 Dis 2018 sehingga 28 Feb 2019, mereka akan diberikan pengecualian setahun bagi fi lesen anjing sehingga 30 Nov 2019,” katanya dan menambah kedai haiwan peliharaan dan pemelihara anjing (breeders) perlu memohon fi lesen bagi kedai haiwan peliharaan RM200 setahun dan RM1,000 setahun bagi pemelihara anjing.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     

Polis Kedah rampas syabu RM2.5 juta, tahan keldai dadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel