Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis marin rampas 68 kg minyak masak tanpa dokumen KPDNKK


Tarikh kemaskini: 28/12/2018




TAWAU, 28 Dis (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 68 kilogram minyak masak pelbagai jenama dan tiga tong gas yang tidak memiliki dokumen pengesahan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). 

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dalam Op Gelora Khas yang dijalankan kira-kira jam 5.30 petang semalam di perairan Laut Haji Kuning itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun.

"Pemeriksaan lanjut menemui tiga tong gas, minyak masak jenama cap ros dan cap tiga udang. Jurangan juga gagal menunjukkan sebarang dokumen atau surat pengesahan daripada KPDNKK untuk membawa barang kawalan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Pajeri  berkata nilai rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan bernilai RM16,606.40, kesemua rampasan dan tangkapan di bawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel