Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terowong bagi mengalirkan airi Sungai Perak ke kolam Bukit Merah perlu disegerakan


Tarikh kemaskini: 23/12/2018





BAGAN SERAI, 23 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan diminta menyegerakan pembinaan  terowong bagi mengalirkan air dari Sungai Perak ke kolam Bukit Merah untuk menyelesaikan masalah pengairan di daerah Kerian.

Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata masalah infrastruktur seperti sistem pengairan yang tidak sempurna menyebabkan hasil padi di daerah itu juga tidak dapat ditingkatkan. 

“Ini menyebabkan petani tidak dapat mencapai sasar hasil padi tujuh metrik tan sehektar yang disasarkan dan petani di sini hanya mendapat hasil padi di antara satu hingga tiga metrik tan sehektar.

"Jadi, usaha membina terowong itu dapat membantu sistem pengairan sempurna dan sekali gus dapat meningkatkan hasil padi," katanya dalam sidang media selepas Program Kembali Ke Sekolah di dewan Seri Selinsing di sini hari ini.

Noor Azmi berkata kolam takungan air Bukit Merah kini membekalkan air untuk kegunaan domestik dan perkilangan di Kamunting, Taiping dan menyebabkan bekalan air kepada sawah padi sering tidak mencukupi.

"Sistem pengairan seperti pembinaan kolam takungan tambahan dapat membantu mengawal bekalan air yang mencukupi untuk tanaman padi," katanya.

Mengenai program hari ini, seramai 100 murid kurang berkemampuan menerima bantuan beg, kasut dan pakaian seragam sekolah bernilai RM150 setiap seorang untuk memulakan sesi persekolahan tahun depan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel