Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pekerja kedai buku rugi RM50,000 akibat Macau Scam di Bintulu


Tarikh kemaskini: 22/12/2018




BINTULU, 22 Dis (Bernama) -- Seorang pekerja kedai buku kerugian RM50,400 ditipu oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis dari Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki yang berusia 34 tahun serta bekerja di sebuah kedai buku di sini pada mulanya dihubungi ‘Cindy Wong’ yang mendakwa dari Jabatan Kastam Pulau Pinang.

“Mangsa dimaklumkan oleh Cindy Wong yang mengatakan kedai mangsa mempunyai hutang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM51,076 tapi mangsa menafikan kedai tersebut miliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, mangsa kemudian disambung ke talian 04-2221522 yang didakwa nombor Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan bercakap dengan ‘Sarjan Liew’ yang memberitahu mangsa turut terlibat dengan kes dadah manakala ‘rakan kongsi’ mangsa Ong Kai Fei telah ditangkap.

“Mangsa telah diminta oleh Sarjan Liew untuk membuat bayaran bagi menyelesaikan kes tersebut dan mangsa telah membuat pembayaran RM50,400,” katanya.

Beliau berkata mangsa telah melakukan empat transaksi memindahkan wang ke tiga akaun bank yang diberi oleh Sarjan Liew pada Sabtu (7 Dis) lepas hingga Isnin (17 Dis).

“Setelah wang dimasukkan, mangsa diminta merahsiakan perkara ini dan tidak boleh beritahu kepada sesiapa,” katanya lagi.

Menurutnya, mangsa mengetahui ditipu apabila beliau bertanya kepada majikannya berhubung nombor telefon 04-2221522 yang telah menghubunginya sebelum ini dan mangsa diberitahu bahawa nombor telefon itu adalah scammer.

Beliau berkata, menurut majikan mangsa, semakan melalui google ke atas nombor telefon itu, didapati tersenarai dalam nombor scammer.

“Mangsa telah membuat laporan polis semalam,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel