Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Datuk Bandar Miri syor Sarawak perkenal proses pendaftaran lesen anjing secara atas talian


Tarikh kemaskini: 22/12/2018




MIRI, 22 Dis (Bernama) -- Pendaftaran lesen anjing secara atas talian seharusnya diperkenalkan di Sarawak bagi mempercepatkan pengumpulan data populasi haiwan itu, sebagai sebahagian daripada strategi bagi mengawal jangkitan rabies di Sarawak, kata Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang. 

Beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak sepatutnya menimbangkan cadangan itu bagi menjadikan kerja-kerja pendaftaran yang sedang dilaksanakan kini dapat dipermudahkan dan disegerakan.

“Wujudkanlah sistem pendaftaran atas talian secara pilihan, di mana selepas maklumat dihantar secara atas talian, pemohon hanya perlu tampil untuk mengambil ‘tag’ anjing selepas membuat pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yii seterusnya mencadangkan kementerian berkenaan mengkaji semula proses borang-borang permohonan bagi pelesenan anjing, pelesenan kedai haiwan peliharaan, dan juga pelesenan pemelihara anjing, dengan mengenepikan keperluan menampilkan gambar anjing yang berlesen.

Bermula 1 Dis lepas kerajaan Sarawak menguatkuasa Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Pelesenan dan Kawalan Anjing), 2018 keatas semua 26 pihak berkuasa tempatan dalam negeri, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 bagi sesiapa yang memiliki anjing tanpa lesen.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel