Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Galeri Unduk Ngadau pamer busana tradisional asli Kadazandusun


Tarikh kemaskini: 22/12/2018




PENAMPANG, 22 Dis (Bernama) -- Selepas 58 tahun meraikan Pesta Kaamatan secara rasmi dengan pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau menjadi kemuncak sambutan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun  (KDCA) akhirnya mempunyai Galeri Unduk Ngadau sendiri.

Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata galeri itu  mempamerkan busana tradisional asli untuk  rujukan penganjur Unduk Ngadau di semua daerah dan tatapan generasi akan datang.

Pairin, yang juga huguan siou (pemimpin agung masyarakat Kadazandusun) berkata pertandingan Unduk Ngadau bukan sahaja membantu mengekalkan budaya tetapi juga merupakan pertandingan budaya paling lama dan panjang pernah diadakan di Sabah sehingga kini.

“Sejak kebelakangan ini, banyak perubahan telah dilakukan dengan penganjuran pertandingan Unduk Ngadau itu sendiri diadakan di peringkat negeri,” katanya dalam ucapan perasmian yang dibacakan oleh Timbalan Presiden KDCA Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun, pada majlis perasmian galeri itu di sini hari ini.

Beliau berkata busana tradisional ini perlu dipelihara dan didokumentasi untuk tujuan penyelidikan, di samping menjadi rujukan  generasi akan datang.

“Saya percaya Galeri Unduk Ngadau akan menjadi sebahagian daripada daya tarikan Warisan Kebudayaan Koisaan kepada pelancong,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai MA63 akan ditubuhkan - Liew

 
     

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel