Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Biro Konvensyen Sarawak menang anugerah BrandLaureate CSR 2018


Tarikh kemaskini: 22/12/2018




KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Biro Konvensyen Sarawak (SCB) memenangi Anugerah BrandLaureate CSR BrandLeadership 2018.

SCB berkata anugerah itu memperakui perbadanan, pertubuhan bukan kerajaan, masyarakat, institusi dan individu yang menyumbang kepada masyarakat secara meluas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Asia Pacific Brands Foundation Dr KK Johan berkata kepimpinan berpengaruh SCB dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), diperakui oleh yayasan itu.

Pengerusi SCB Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah berkata kejayaan itu akan mendorong organisasi bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan untuk menggalakkan penggiat industri menjayakan inisiatif konvensyen dan CSR yang mampu mewujudkan legasi yang positif.

SCB ditubuhkan pada 2006 oleh kerajaan negeri Sarawak sebagai syarikat bukan untuk membuat keuntungan, dengan matlamat untuk membangunkan Sarawak sebagai destinasi yang kompetitif untuk mesyuarat antarabangsa.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel