Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga asing antara 70 individu dicekup kerana dadah


Tarikh kemaskini: 22/12/2018





KOTA KINABALU, 22 Dis (Bernama) – Polis Kota Kinabalu menahan 70 individu dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Kota Kinabalu sepanjang tempoh operasi yang dijalankan selama 11 hari bermula pada 8 Dis lalu.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata daripada jumlah itu, 54 orang merupakan warga tempatan manakala 16  orang lagi warga asing yang berumur antara 17 hingga 48 tahun.

“Hasil daripada tangkapan itu, polis turut merampas 17.86 gram dadah jenis syabu dan 19.40 gram ganja yang dianggarkan bernilai RM3,455,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, seramai 15 individu ditahan dalam operasi cegah jenayah yang dijalankan di tujuh lokasi di daerah ini yang dijalankan sejak jam 5 petang hingga 2 pagi Sabtu.

Habibi berkata  mereka yang berumur antara 17 hingga 54 tahun itu termasuk lima pendatang asing tanpa izin terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah.

Beliau berkata operasi itu dibantu oleh agensi yang berkaitan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel