Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jadikan Krismas untuk rapatkan hubungan kekeluargaan


Tarikh kemaskini: 22/12/2018





KUCHING, 22 Dis (Bernama) – Masyarakat beragama Kristian perlu menjadikan Hari Krismas yang akan disambut tidak lama lagi sebagai wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan setiakawan sesama mereka.

Anggota Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin berkata sambutan itu juga dapat mengeratkan perpaduan  antara pelbagai kaum di negara ini tanpa mengira latarbelakang agama.

“Sekiranya setiap orang melakukan perkara ini saya yakin tahap perpaduan dan keharmonian di negara ini akan sentiasa teguh dan mampu membawa Malaysia ke kemuncak kecemerlangan,” katanya pada Majlis Pra Krismas di Kampung Semadang di sini Jumaat malam.

Beliau berharap sempena sambutan Krismas juga mereka yang berkemampuan  hendaklah menghulurkan bantuan kepada keluarga serta mereka yang tidak berkemampuan agar sama-sama dapat merayakannya dengan gembira.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel