Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan disaran kenakan tindakan terhadap keluarga "sembunyikan" anak istimewa


Tarikh kemaskini: 22/12/2018





LANGKAWI, 22 Dis (Bernama) -- Kerajaan disaran melihat semula undang-undang berkaitan kanak-kanak kurang upaya (OKU) agar tindakan dapat diambil ke atas keluarga yang cuba “menyembunyikan” mereka daripada masyarakat umum.

Ketika membuat saranan itu, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Juhari Bulat berkata  ada keluarga berbuat demikian kerana rasa malu mempunyai anak istimewa. 

“Keluarga yang menyembunyikan kehadiran anak istimewa ini patut diambil tindakan. Orang macam ini sepatutnya kita beri sedikit pengajaran,” katanya di majlis PKB Hotel Management and Services Sdn Bhd bersama Persatuan Ayah Bonda Anak-Anak Istimewa Langkawi.

Kira-kira 120 anak-anak OKU dan keluarga mereka menghadiri majlis itu yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat PKB Hotel Management and Services.

PKB merupakan anak syarikat Permodalan Kedah Berhad.

Juhari yang juga Pengerusi PKB Hotel Management and Services dan Anggota DUN Ayer Hangat berkata majlis itu dapat menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman bagi ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak istimewa di pulau ini.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program sehari itu ialah ceramah motivasi dan terapi tentang penjagaan anak-anak OKU.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel