Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perpaduan rakyat Sabah kuat meskipun berbeza fahaman politik - Arthur Kurup 


Tarikh kemaskini: 21/12/2018




KENINGAU, 21 Dis (Bernama) – Perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di Sabah masih kuat dan tidak tergugat sekali pun berlainan fahaman politik, kata Anggota Parlimen Pensiangan Arthur Kurup.

Beliau berkata ini sekali gus memperlihatkan rakyat semakin matang dan bijak selain tidak menjadikan senario politik semasa sebagai penghalang untuk terus mengukuhkan perpaduan antara mereka.

"Rakyat perlu menjadikan perpaduan sebagai keutamaan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Krismas dihadiri kira-kira 1,000 penduduk pelbagai kaum dan agama di sini, hari ini.???????

Dalam pada itu, Arthur mahu rakyat di Sabah menjadikan perayaan seperti Krismas sebagai jambatan memperkukuh perpaduan kaum.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel