Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

50 peratus populasi anjing telah disuntik vaksin anti rabies - Uggah


Tarikh kemaskini: 21/12/2018





KUCHING, 21 Dis (Bernama) – Kira-kira 50 peratus daripada 200,000 populasi anjing telah diberi suntikan vaksin anti rabies atau anjing gila dalam usaha membendung penularan wabak itu di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.???

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata pihaknya mensasarkan untuk memberi vaksin kepada 70 peratus populasi anjing sebagai langkah supaya negeri ini diisytihar bebas rabies.

“Kita telah vaksinkan hampir 50 peratus daripada 200,000 populasi anjing. Sasaran kami bagi membebaskan kawasan ini dengan memberikan vaksin kepada sekurangnya 70 peratus daripada populasi anjing.

“Kita telah gerakkan kakitangan kami dan mereka ini sedang berada di lapangan untuk menjalankan proses pemberian vaksin. Saya juga menyeru kepada pemilik anjing yang belum mendapatkan vaksin supaya tampil mendapatkan suntikan untuk haiwan peliharaan mereka itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah hari ini mengisytiharkan Salcra Roban South, Saratok sebagai kawasan baharu wabak rabies.

Beliau berkata memandangkan kawasan ini berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak rabies, maka Salcra Roban South, Saratok adalah merupakan kawasan yang ke-59.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membiarkan anjing lepas bebas dan membawa keluar anjing dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Veterinar Negeri. 

“Denda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya  boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 37 (2) & (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel