Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hubungi 085-430389 segera jika kawasan dilanda banjir di Miri – APM


Tarikh kemaskini: 21/12/2018




MIRI, 21 Dis (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meminta orang awam di sini untuk menghubungi talian 085-430389 jika kawasan mereka dilanda banjir pada musim tengkujuh ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, talian APM Miri tersebut beroperasi 24 jam dan pada masa sama orang awam boleh menghubungi pejabat-pejabat daerah serta yang berhampiran dengan lokasi untuk mendapatkan bantuan.

“APM Miri telah bersedia menghadapi Monsun Timur Laut dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 53 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hazle berkata dari segi aspek logistik, APM Miri mempunyai sebuah lori seberat 0.5 tan, sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah ambulans dan empat buah bot sebagai persediaan menghadapi banjir.

Pada 26 Okt lepas, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (Monsun Timur Laut) dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata, 107 pusat pemindahan telah disediakan di enam lokasi di sini yang mampu memuatkan secara keseluruhan 31,005 mangsa banjir sebagai persediaan menghadapi musim hujan yang dijangka berlarutan sehingga Mac 2019.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     

Kadar perceraian di Selangor menurun sejak 2016 - Ketua Hakim Syarie Negeri

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel