Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kempen 'Tahun Melawat Sarawak' dilancar pada malam ambang tahun baharu


Tarikh kemaskini: 20/12/2018





KUCHING, 20 Dis (Bernama) – Kerajaan negeri menerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) sedang mengadakan promosi di luar negara bersempena kempen ‘Tahun Melawat Sarawak’, yang akan dilancarkan  pada 31 Dis.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pelancaran itu akan dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg  serentak dengan kiraan detik Tahun Baharu 2019 yang akan diadakan di Tebingan Kuching.

“STB melakukan promosi penggalakan pelancongan Sarawak di beberapa lokasi termasuk China, Singapura, London, Berlin dan Kuala Lumpur dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menyentuh tentang Tahun Melawat Sarawak, Abdul Karim Rahman berkata ia akan berbeza daripada sebelum ini oleh sebab kempen itu akan dijalankan selama beberapa tahun.

“Kami tidak mahu membazirkan wang kerana menghentikan kempen itu segera hanya selepas setahun,” katanya, dan menambah, kebanyakan negara menggunakan cara sama untuk mempromosi program pelancongan di negara masing-masing.

Beliau berkata  2019 akan menjadi tahun yang mengujakan bagi Sarawak memandangkan banyak acara menarik telah dirancang sepanjang tahun.

“Malah pada Januari, kami akan menjadi tuan rumah Anugerah Televisyen Asia dan setiap bulan juga akan ada acara yang berlangsung di Sarawak,” katanya.

Mengenai acara yang akan diadakan tahun depan, beliau berkata acara berkaitan pelancongan bukan hanya berlangsung sekitar bandar dan pekan tetapi juga diadakan di kawasan luar bandar di negeri ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel