Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gesa pihak bertanggungjawab segera baiki keretakan jejantas di depan HRPB


Tarikh kemaskini: 20/12/2018





IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri menggesa pihak yang bertanggungjawab segera membaiki semula keretakan struktur jejantas berhadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Jalan Raja Ashman Shah, di sini.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata setakat ini, penghadang telah dipasang di kawasan tersebut bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku demi keselamatan orang awam.

“Jalan berkenaan adalah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan telah diambil maklum pihak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata keretakan itu berlaku pada dua minggu lepas selepas lori pihak kontraktor iaitu Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd yang sedang membawa jentera terlanggar jejantas berkenaan dan menyebabkan ia teranjak sedikit ke hadapan.

“Ia mengakibatkan keretakan di struktur ‘pier’ dan ‘support’. Bagaimanapun keadaan struktur jejantas masih stabil dan keretakan hanyalah disebabkan impak secara literal daripada pelanggaran tersebut,” katanya.

Abdul Yunus berkata pihak kontraktor berkenaan sedang melaksanakan kajian lanjut berkaitan struktur jejantas dan akan mengemukakan laporan lengkap kaedah pembaikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.

“Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pihak Mangkubumi selepas mengemukakan laporan tersebut kepada pihak MBI,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel