Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita maut, dua lelaki cedera parah diserang dan ditetak


Tarikh kemaskini: 19/12/2018





TASEK GELUGOR, 19 Dis (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala dua remaja lelaki yang juga rakan sekerjanya cedera parah selepas diserang seorang lelaki warga asing dalam kejadian di kilang pemborong makanan sejuk beku, di Kampung Selamat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa Sia Seok Kee, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas manakala dua remaja lelaki berumur 14 dan 17 tahun mengalami kecederaan parah dan dalam keadaan kritikal.

"Berdasarkan maklumat awal, suspek yang juga pekerja di kilang itu telah datang dan menyerang serta menetak tiga mangsa berkenaan dan kejadian tersebut bermula di bilik sejuk beku premis tersebut.

"Suspek menggunakan parang dipercayai diambil dari stor kilang itu sebelum menyerang tiga mangsa sehingga mereka mengalami kecederaan parah. Mereka kemudiannya lari keluar dari bilik sejuk beku untuk menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang ramai," katanya di sini, malam ini.

Beliau berkata suspek yang telah setahun lebih bekerja di kilang itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal Yamaha berwarna biru dengan nombor pendaftaran PBM 1524.

Noorzainy berkata usaha mengesan suspek giat dijalankan dan polis percaya dia masih berada di sekitar daerah SPU.

Katanya dua mangsa yang kritikal itu mengalami beberapa kesan tetakan di badan dan kepala manakala seorang daripadanya turut putus jari kaki dan mereka telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

"Ketika pihak polis tiba di lokasi kejadian, tiga mangsa itu dalam keadaan berlumuran darah sebelum mereka dihantar ke hospital dan wanita yang maut itu mengalami kecederaan parah dengan beberapa bahagian badan penuh dengan kesan tetakan," katanya.

Beliau berkata siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku berikutan suspek tidak berpuas hati kerana tidak dibayar gaji seperti yang ditetapkan.

"Seorang daripada mangsa merupakan adik kepada pemilik kilang berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel