Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Majoriti Cabang PKR Sabah sokong pelantikan Christina Liew


Tarikh kemaskini: 19/12/2018




KOTA KINABALU, 19 Dis (Bernama) -- Sebanyak 15 Ketua Cabang PKR Sabah hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Pengerusi PKR Negeri, Datuk Christina Liew yang dilantik semula menerajui  parti itu di Sabah.

Ketua Cabang PKR Putatan Awang Husaini Sahari yang mewakili kesemua 15 cabang itu berkata  sokongan itu dizahirkan oleh ketua-ketua cabang berkenaan menerusi tandatangan mereka yang diserahkan kepada Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

"Langkah ini diambil bagi menafikan tindakan pihak tertentu yang cuba menentang keputusan pelantikan yang dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri  Dr. Anwar Ibrahim.

"Ini merupakan kenyataan terakhir kami bagi menjawab segala cakap-cakap bahawa cabang PKR Sabah menolak pelantikan Datuk Christina Liew sebagai pengerusi PKR Sabah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir ketua-ketua cabang PKR dari Papar, Batu Sapi, Tuaran, Kota Belud, Kimanis, Kinabatangan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sipitang, Semporna dan Kota Marudu.

Awang Husaini berkata setakat ini hanya 11 ketua cabang yang menolak perlantikan itu sekaligus membuktikan bahawa Christina mendapat sokongan majoriti 15 cabang.

Beliau berkata satu memorandum daripada 15 ketua cabang juga telah dihantar bagi menyokong Christina selain untuk memastikan kestabilan parti dan kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan kerjasama Pakatan Harapan.

"Oleh itu kami menggesa agar Presiden dan kepimpinan parti mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana ahli yang mempertikaikan keputusan Mesyuarat Biro Politik yang dipengerusikan oleh presiden pada 14 Disember lalu," tambahnya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel