Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki terlibat puluhan kes samun di Pulau Pinang ditahan


Tarikh kemaskini: 19/12/2018




BUKIT MERTAJAM, 19 Dis (Bernama) -- Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam puluhan kes samun kedai serbaneka dan restoran makanan segera beroperasi 24 jam di tiga daerah di tanah besar Pulau Pinang ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pauh, Permatang Pauh di sini semalam.?

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di unit pangsapuri itu pada pukul 12.15 tengah malam semalam (18 Dis) manakala seorang lagi lelaki berusia 24 tahun ditahan di hadapan pondok pengawal pangsapuri itu kira-kira 15 minit kemudian.

"Polis merampas pelbagai barang dipercayai hasil samun, antaranya telefon bimbit, dompet dan wang tunai serta sebilah parang dan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan untuk menyamun. Mereka disyaki terlibat dalam 10 kes samun di SPT," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kes terbaharu dipercayai melibatkan dua lelaki terbabit ialah kes samun sebuah restoran makanan segera di Jalan Baru, di sini pada 11 Dis lepas membabitkan kerugian RM500 dan mereka juga disyaki terlibat dalam kes samun di Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara sejak sebulan lepas.

"Seorang daripada mereka bekerja di sebuah kedai perabot manakala rakannya tidak bekerja dan mempunyai diploma dalam bidang mekatronik. Mereka mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah termasuk kes di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA)," katanya.

Beliau berkata dua lelaki yang positif dadah itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel