Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Exco Kedah gesa ibu bapa cukupkan deposit SSPN-i


Tarikh kemaskini: 19/12/2018





ALOR SETAR, 19 Dis (Bernama) -- Ibu bapa yang mempunyai anak di Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2018 digesa memanfaatkan Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah dengan mencukupkan deposit dalam Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada RM500 bagi menerima geran sepadan sebelum 31 Dis ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Dr Salmee Said berkata menerusi Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah, kerajaan negeri menyediakan RM100 bagi murid Tahun Satu sesi persekolahan 2018 yang dimasukkan dalam akaun SSPN-i.

“Ibu bapa cuma perlu tambah RM400 sahaja lagi untuk melayakkan pendeposit menerima geran sepadan RM500 yang disediakan kerajaan pusat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Geran sepadan itu adalah insentif yang diumumkan kerajaan pusat dalam Bajet 2018 untuk murid sekolah rendah berusia tujuh hingga 12 tahun yang memerlukan mereka membuat simpanan RM500 dalam SSPN-i untuk layak menerima tambahan RM500 lagi dalam akaun mereka sebelum 31 Dis 2018.

Mengulas lanjut, Salmee berkata bagaimanapun jumlah ibu bapa yang berbuat demikian sangat rendah.

“Setakat 30 Nov lalu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menguruskan sebanyak 29,106 akaun SSPN-i melalui Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah dan daripada jumlah itu hanya 2,894 akaun membuat tambahan tabungan sebanyak RM400, sekali gus melayakkan anak-anak menikmati tambahan RM500 itu,” katanya. 

Beliau seterusnya meminta ibu bapa untuk segera ke pejabat PTPTN berhampiran dan membuat deposit tersebut memandang insentif Dana Sepadan akan berakhir dalam tempoh dua minggu lagi.

"Wang tabungan ini akan disimpan sehingga murid berkenaan mencapai usia 18 tahun dan selepas itu boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan pengajian di peringkat lebih tinggi," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel