Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Piawaian bebas rasuah di SEDCO perlu pada tahap membanggakan


Tarikh kemaskini: 19/12/2018




KOTA KINABALU, 19 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) perlu memastikan piawaian keberkesanan pengurusan bebas rasuah berada pada tahap membanggakan bagi meningkatkan imej positif kerajaan.

Pengerusinya Datuk Dr Richard Sakian Gunting b????erkata bagi mencapai matlamat itu, semua kakitangan SEDCO termasuk anak-anak syarikat di bawahnya perlu mempunyai budaya etika kerja yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang elemen rasuah.

“Sebagai sebuah agensi kerajaan yang membantu kerajaan dalam meningkatkan prestasi kewangan, pelaburan dan sosio ekonomi masyarakat, sudah tentu SEDCO merupakan agensi yang sentiasa berhadapan dengan karenah birokrasi korporat.

“Tanpa kakitangan yang amanah dan berintegriti, sudah tentu SEDCO bakal menjadi sasaran mudah kepada penyalahgunaan kuasa dan pelbagai kecenderungan salah laku rasuah,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kumpulan SEDCO dan taklimat “Gearing up for Corporate Liability”, di sini hari ini.

Tanpa kerjasama dan komitmen semua pihak, kata beliau, segala objektif dan tujuan yang dirancang tidak akan dapat direalisasikan. Oleh itu, SEDCO akan memantapkan lagi pengurusan unit integriti agar organisasi itu berada pada tahap optimum dan berkesan.  ???

Beliau juga mengingatkan warga SEDCO supaya tidak menyalahgunakan medium media sosial dengan mengeluarkan sebarang komen mahupun kenyataan yang boleh menjejaskan imej dan dasar kerajaan, isu yang menyalahi peraturan atau sensitiviti masyarakat serta agama.

“Kita seharusnya sentiasa menjaga etika, memelihara integriti dan sentiasa berusaha menjadikan media sosial sebagai alat untuk meningkatkan produktiviti dan hasil kerja ke arah yang lebih baik,” katanya.

--BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel