Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Petronas tingkat hubungan dengan Bernama Sarawak menerusi liputan berita


Tarikh kemaskini: 19/12/2018





KUCHING, 19 Dis (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi Jabatan Perhubungan Medianya, berharap dapat meningkatkan hubungan dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), khususnya Biro Sarawak.

Ketua Perhubungan Media Pejabat Wilayah Sarawak Petronas, Johannes Ridu berkata syarikat minyak dan gas negara itu berbangga dapat berkongsi perjalanan kejayaannya di Sarawak, dengan sokongan kuat dan komitmen berterusan oleh Bernama menerusi liputan berita acara dan program syarikat itu.

“Dengan berbuat demikian, Petronas dapat meningkatkan reputasi dan jenamanya di Sarawak,” katanya semasa mengetuai 10 anggota delegasi melawat pejabat Biro Bernama Sarawak di Satok di sini hari ini.

Beliau berkata pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada Bernama atas sumbangan dan penyertaan aktif dalam pencapaian dan acara anjuran Petronas baru-baru ini, termasuk Program Outreach di SK Ulu Pelagus serta mengamalkan laporan yang adil dan seimbang mengenai isu Petronas di Sarawak.

Dalam lawatan itu, Ketua Biro Bernama Sarawak Caroline Jackson memberi taklimat kepada delegasi mengenai peranan dan fungsi Bernama yang mempunyai tiga pejabat di negeri ini iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.

Turut hadir Ketua Jabatan Perhubungan Media Komunikasi Strategik Media-Korporat Kumpulan Petronas Praevitriana Yuliawiratman dan Ketua Jabatan Perhubungan Media Pejabat Wilayah Sabah dan Labuan Jackson Sawatan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Saya diminta letak jawatan - Bekas pegawai bank Ambank

 
     

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel