Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat cabang PKR di Sarawak mahu Nurul Izzah tarik balik keputusan


Tarikh kemaskini: 19/12/2018




MIRI, 19 Dis (Bernama) – Empat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak telah meminta Nurul Izzah Anwar menarik balik keputusan perletakan jawatan demi kepentingan parti serta memantapkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021.

Empat cabang itu iaitu Hulu Rajang,Miri, Sibuti dan Baram dalam kenyataan bersama di sini hari ini menyifatkan perletakkan jawatan Nurul Izzah dibuat “tanpa pertimbangan menyeluruh” serta “dalam keadaan tertekan” dan mahu Nurul diberi tempoh bertenang untuk mempertimbangkan semula keputusan.

“Memandangkan PRN Sarawak bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang hingga 2021, kami meminta Nurul Izzah menarik semula perletakan jawatan sebagai naib presiden dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan bersama di sini hari ini.

Keempat-empat cabang itu sebulat suara menyuarakan sokongan penuh kepada Nurul untuk meneruskan perjuangan parti.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Cabang Hulu Rajang Abun Sui Anyit, Ketua Cabang Miri, yang juga Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng, Ketua Cabang Sibuti Jemat Panjang dan Ketua Cabang Baram Roland Engan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel