Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tujuh cedera dalam kemalangan jalan raya dii Sri Aman


Tarikh kemaskini: 19/12/2018




SRI AMAN, 19 Dis (Bernama) – Tujuh cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van, yang dinaiki enam orang dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Triton, dengan seorang pemandu, di Temudok di sini pagi ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kedua-dua kenderaan terbabit bertembung dari arah bertentangan di depan pejabat Naim Gamuda Temudok, Sri Aman kira-kira pukul 8.20 pagi ini.

Beliau berkata, komander operasi melaporkan ketika pasukan bomba sampai di lokasi kemalangan didapati semua mangsa telah dikeluarkan sebelum pihak Bomba sampai. 

Kesemua enam mangsa yang menaiki van itu dihantar ke Hospital Sri Aman dengan kenderaan EMRS dan Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda dihantar oleh orang awam ke Hospital Sri Aman. 

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel