Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Sabah lupus barang kes judi siber bernilai lebih RM1.1 juta


Tarikh kemaskini: 19/12/2018




KOTA KINABALU, 19 Dis (Bernama) -- Polis Sabah melupuskan sebanyak 6,185 barangan elektronik berkaitan judi siber yang dianggarkan bernilai lebih RM1.1 juta di Stor Barang Kes Berpusat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata semua peralatan yang merupakan komponen komputer itu melibatkan 141 kertas siasatan kes judi siber kendalian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sejak 2002 hingga 2015.

“Kesemua barang kes ini perlu dilupuskan kerana ia tidak digunakan lagi dan pada masa tindakan kes telah diselesaikan sepenuhnya.

“Pihak IPD Kota Kinabalu mengambil inisiatif melupuskan barangan tersebut menerusi kaedah E-waste sejajar dengan prosedur seliaan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya pada Majlis Pelupusan Barang-Barang Kes itu di sini hari ini.

Zaini berkata syarikat yang dilantik akan bertanggungjawab menguruskan penghantaran barang-barang berkenaan untuk dilupuskan di pusat pelupusan di Pulau Pinang.

Beliau berkata pelupusan barang kes melalui kaedah berkenaan adalah kali kedua dilakukan pada tahun ini selepas fasa pertamanya dilaksanakan pada 18 Okt lepas yang melibatkan sebanyak 1,380 barang kes berkaitan judi siber.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel