Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pilihan raya UniMAP dikendali pelajar kali pertama


Tarikh kemaskini: 07/12/2018




KANGAR, 7 Dis -- Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berlangsung semalam mencatat sejarah tersendiri apabila keseluruhan proses pilihan raya itu dikendalikan oleh para pelajarnya.

Pilihan Raya itu diadakan bagi memilih kepimpinan MPP UniMAP sesi 2018/2019 apabila tempoh perkhidmatan MPP sebelum ini berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Mahasiswa (JPPM) universiti itu,  Nurhazwani Zabidin, hari ini berkata, seramai 140 petugas PRK bertungkus lumus menjayakan pemilihan itu sejak 16 Nov lalu sehingga semalam.

Beliau, yang juga bekas Yang Dipertua MPP sesi 2016/2017, berkata, JPPM membabitkan kepimpinan MPP sesi 2017/2018, mantan MPP, Sekretariat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) UniMAP dan juga ahli bebas di kalangan mahasiswa.

Sebelum ini PRK dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) universiti itu.

Proses pilihan raya membabitkan 9,149 pengundi atau 79.27 peratus daripada 11,541 pelajar menunaikan tanggungjawab mereka dengan menggunakan sistem e-undi dengan sempurna, katanya.

Nurhazwani berkata keupayaan JPPM itu sejajar dengan saranan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik agar PRK diuruskan oleh para pelajar.

Sementara itu, sebanyak 30 calon MPP UniMAP 2018/2019 diumumkan memenangi PRK itu daripada 51 calon yang bertanding.

Sebanyak 11 calon bertanding bagi kerusi konstitusi umum, manakala 40 calon lagi telah menawarkan diri bertanding bagi konstituensi pusat pengajian.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel