Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

FAMA sasar nilai jualan JDTL cecah RM1.95 juta tahun ini


Tarikh kemaskini: 07/12/2018





BUKIT MERTAJAM , 7 Dis (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1.95 juta  melalui program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) tahun ini berbanding RM1.72 juta tahun lalu.

Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, sehingga Oktober tahun ini, nilai jualan JTDL telah mencatatkan sebanyak RM1.75 juta.

Selain itu, katanya, peserta program JTDL pada tahun ini telah meningkat kepada 557 orang berbanding 483 peserta tahun lalu serta meningkatkan hasil pendapatan mereka sehingga 50 peratus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian JTDL FAMA peringkat negeri Pulau Pinang di Pasaraya Mydin, di sini, hari ini.

Program tiga hari itu disempurnakan ????Exco Pertanian, Dr Afif Bahardin.

Sementara itu, Afif berkata kerajaan negeri merancang mewujudkan pusat sehenti atau pusat pemasaran strategik bagi membantu usahawan di negeri itu meningkatkan hasil jualan mereka.

Acara JTDL itu menawarkan pengguna harga antara lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran serta sekitar 50 peratus daripada harga pengguna kepada pembekal.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel