Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki ditahan bersama syabu bernilai lebih RM5,000


Tarikh kemaskini: 07/12/2018




PENDANG, 7 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis syabu bernilai lebih RM5,000 dalam satu operasi di kawasan jalan tanah merah di Kampung Bukit Choras di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira 12.45 pagi tadi selepas pemeriksaan di kawasan itu menemui dua bungkusan syabu seberat 51.10 gram.

“Ketika anggota memperkenalkan diri, suspek bertindak terjun ke dalam kawasan bendang berhampiran untuk melarikan diri dan sempat mencampakkan dua bungkusan plastik lutsinar berisi syabu di atas tanah.

“Namun kepantasan anggota kita berjaya memberkas suspek dan pemeriksaan lanjut menemui sejumlah wang tunai bernilai lebih RM800 yang turut dirampas untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Arriz Sham berkata suspek yang baru ‘berjinak-jinak’ menjadi pengedar dadah dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada pembekal sebelum ia dijual semula kepada penagih.

Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau turut positif methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     

Polis Kedah rampas syabu RM2.5 juta, tahan keldai dadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel