Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RM3 juta bagi pembaikan sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 07/12/2018




GEORGE TOWN, 7 Dis (Bernama) -- Sebanyak RM3 juta peruntukan disediakan kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy.

Beliau berkata peruntukan itu sudah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), dan turut ditubuhkan Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang akan bermesyuarat empat kali setahun, bagi melihat keperluan tersebut. 

”Penyaluran peruntukan tahunan ini secara ‘one-off’ dan dicadang untuk disediakan kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur terutamanya sekolah-sekolah berada di tahap kritikal.

“Kerja-kerja perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi mengelak kerosakan lebih teruk atau melibatkan keselamatan pengguna,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ramasamy berkata penyaluran peruntukan itu akan dilaksanakan melalui pendekatan dari bawah ke atas serta berdasarkan keperluan dan permintaan daripada sekolah bantuan penuh kerajaan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) serta selari dengan perancangan dan pembangunan sekolah.

JPNPP akan mendapatkan cadangan permohonan berdasarkan permintaan dan perancangan pembangunan sekolah bantuan penuh kerajaan yang memerlukan peruntukan bagi pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur di sekolah, katanya.

Beliau berkata jawatankuasa khas itu memutuskan untuk mengehadkan bantuan sebanyak RM20,000 sahaja bagi setiap sekolah dan akan menggunakan budi bicara bagi permohonan daripada sekolah-sekolah yang berada di tahap kritikal dan memerlukan peruntukan melebihi RM20,000.

Sementara itu Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Jamil Mohamed berkata Pulau Pinang bertuah kerana ia merupakan satu-satunya negeri yang menerima peruntukan tersebut daripada Kementerian Pendidikan.

Hanya Pulau Pinang mendapat peruntukan ini daripada Kementerian Pendidikan. Bantuan berkenaan akan disalurkan ke sekolah-sekolah dan dijangka 200 sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan di negeri ini akan mendapat manfaat ini, katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel