Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Pulau Pinang tahan bot nelayan langgar syarat lesen


Tarikh kemaskini: 07/12/2018




GEORGE TOWN, 7 Dis (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 di 7.2 batu nautika Selatan Pulau Kendi, dekat sini semalam kerana melanggar syarat lesen.

Timbalan Pengarah (operasi) APMM Pulau Pinang Ahmad Faez Mat Ghani berkata bot peronda APMM yang sedang membuat rondaan di kawasan itu pada pukul 6.15 petang semalam menahan bot nelayan itu selepas mendapati ia melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan kurang 8 batu nautika dari pantai terdekat.

"Pemeriksaan terhadap bot nelayan itu mendapati terdapat seorang tekong dan dua awak-awak warga tempatan berusia 42 hingga 66 tahun serta terdapat satu pukat tunda dan 60 kilogram ikan baja serta 10 kilogram pelbagai jenis ikan.

"Bot itu dibawa ke Jeti Pasukan Marin Batu Uban untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1955," katanya di sini hari ini.

Katanya APMM Pulau Pinang memandang serius tindakan bot nelayan itu yang menangkap ikan di luar zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia kerana ia akan memberi kesan kepada nelayan pantai dan jumlah ikan di laut.

"Pihak APMM Pulau Pinang akan meneruskan rondaan dan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha membendung jenayah di lautan dan pencerobohan kawasan zon menangkap ikan oleh bot nelayan," katanya.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan jenayah di lautan dan kecemasan boleh menghubungi  Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

-- BERNAMA???????

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel