Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada lagi tindakan diambil terhadap pihak yang mahu jatuhkan MB Perak


Tarikh kemaskini: 07/12/2018





IPOH, 7 Dis (Bernama) -- Tiada tindakan akan diambil terhadap pihak yang ingin menjatuhkan saya  sebagai Menteri Besar selagi siasatan pihak berkuasa berhubung kes berkenaan belum selesai sepenuhnya, demikian kata Menteri Besar Perak ??????Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berkata, setakat ini pihaknya tidak melihat kesalahan yang dilakukan oleh anggota exco Kerajaan Negeri yang digambarkan sebagai dalang komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar seperti mana didakwa Ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad sebelum ini.

"We don't  see any wrong doing within the exco member or PH members, so why we take any action...but if  the authorities like MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission) and police think that there is a wrong attempt to topple the menteri besar (“Kita tidak melihat sebarang perbuatan salah dalam kalangan anggota  exco atau anggota PH, jadi kenapa kita perlu ambil sebarang tindakan…. tetapi jika pihak berkuasa seperti  SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis berpendapat bahawa terdapat cubaan untuk  menjatuhkan Menteri Besar).

“...kita mengalu-alukan dan serahkan kepada pihak berkuasa (untuk melakukan siasatan lanjut)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan anjuran Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun yang disertai kira-kira 20 kanak-kanak pelbagai peringkat usia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada PH akan mengambil tindakan terhadap pihak yang ingin menjatuhkannya. 

Selasa lepas, Saarani semasa perbahasan Belanjawan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri  seolah-olah menggambarkan Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Dr Abdul Aziz Bari sebagai dalang komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar.

Bagaimanapun, Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan (ADUN) Negeri Tebing Tinggi menafikannya dan menyifatkan dakwaan Saarani sebagai satu 'cerita kartun' serta gimik murahan untuk menarik perhatian dalam politik.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perak telah memanggil Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri serta lima ADUN dari parti itu iaitu ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Datuk Sham Mat Sahat (Alor Pongsu), Khairul Shahril Mohamed (Bota), Maslin Sham Razman (Bukit Chandan) dan Dr Jurij Jalaluddin (Lubuk Merbau).

Rabu lepas, Abdul Aziz telah memberi keterangan selama dua jam kepada SPRM negeri mengenai isu fitnah menjatuhkan Menteri Besar.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel