Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sambutan i-Suri di Perak kurang memberangsangkan


Tarikh kemaskini: 29/11/2018




IPOH, 29 Nov (Bernama) -- Sambutan terhadap program Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Perak kurang memberangsangkan.

Pengerusi Jawantankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata sehingga 28 Nov, daripada 13,603 suri rumah yang layak, hanya 1,454 atau 10.7 peratus telah berdaftar dengan program tersebut.

Wong, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis berkata antara alasan paling banyak diterima adalah suri rumah berkenaan tidak mampu untuk mencarum RM5 sebulan ke dalam i-Suri.

"Selain itu, suami juga enggan membantu isteri mencarum RM5 sebulan ke dalam akaun tersebut," katanya dalam sidang media di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini, hari ini.

Menurut Wong, permohonan i-Suri bermula dari 15 Ogos yang mana peserta hanya perlu membuat simpanan serendah RM5 dan kerajaan akan memberi RM40 sebulan selain pencarum turut mendapat  pelbagai manfaat lain termasuk pengecualian cukai.

"Perlu diingatkan bahawa program i-Suri ini bertujuan membantu golongan suri rumah miskin dan miskin tegar. Kepada suri rumah di bawah e-Kasih yang berminat dan layak perlulah mendaftar diri di pejabat KWSP," katanya.

Menyedari sambutan yang kurang memberangsangkan, Wong berkata pihaknya giat menjalankan kempen kesedaran agar lebih ramai suri rumah mencarum demi manfaat dan masa depan mereka sendiri.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel