Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga hari larangan menangkap ikan bilis di Kedah bermula 30 Nov


Tarikh kemaskini: 29/11/2018





ALOR SETAR, 29 Nov (Bernama) -- Nelayan di Kedah dilarang menangkap ikan bilis selama tiga hari bermula 30 Nov ini untuk tujuan melestarikan bekalan ikan itu di negeri ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perikanan Kedah pelaksanaan tempoh berkenaan selaras dengan kepentingan untuk mengurus sumber dan populasi ikan bilis dengan menggunakan pendekatan ekosistem terhadap pengurusan perikanan di negara ini.

Sepanjang tempoh penguatkuasaan tersebut, sebarang penangkapan dan pemprosesan ikan bilis adalah salah disisi undang-undang, namun penjualan ikan bilis dibenarkan seperti biasa dengan mendapatkan pengesahan bertulis daripada  pihak Pejabat Perikanan Kedah.

Menurut kenyataan itu lagi, pelaksanaan tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan daripada pihak berkepentingan termasuk Persatuan Pengusaha-Pengusaha Ikan Bilis Langkawi, Persatuan Peniaga-Peniaga Ikan Bilis Kedah Tengah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel