Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

24 PATI ditahan di Parit Buntar


Tarikh kemaskini: 29/11/2018




PARIT BUNTAR, 29 Nov (Bernama) -- Dua puluh empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Bersepadu di sekitar pekan Parit Buntar, malam tadi.

Yang DiPertua Majlis Daerah Kerian (MDK), Helmi Yusof@Jusoh berkata PATI ditahan itu melibatkan 15 warga Thailand dan sembilan rakyat India yang kesemuanya bekerja di beberapa premis makanan di sekitar kawasan berkenaan. 

Beliau berkata kesalahan dilakukan semua PATI tersebut kerana tidak mempunyai pas perjalanan sah serta permit kerja tamat tempoh dan mereka diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,

"Kita memeriksa lapan premis dan daripada jumlah itu tiga premis dikompaun kerana tidak mempunyai lesen perniagaan, manakala lima majikan dikenakan tindakan oleh Jabatan Imigresen kerana menggaji PATI," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Helmi berkata operasi bersepadu bermula 8.30 malam hingga 11.40 malam itu disertai 44 anggota dari MDK, Jabatan Imigresen dan Pejabat Kesihatan Daerah Kerian.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel