Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suami isteri dan pasangan kekasih ditahan bersama ganja lebih RM70,000


Tarikh kemaskini: 29/11/2018




BALIK PULAU, 29 Nov (Bernama) -- Polis menahan sepasang suami isteri dan pasangan kekasih dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas ganja bernilai RM70,320 dalam dua serbuan berasingan di Bayan Baru serta Sungai Nibong dekat sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Jefri Md. Zin berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Bayan Baru pada pukul 1.30 pagi dan menahan suami isteri berusia 25 tahun berkenaan.

"Pemeriksaan dalam rumah pasangan itu polis menemui satu ketulan mampat ganja di sebelum pemeriksaan lanjut dalam kereta jenis Honda City milik mereka di kawasan parkir kami merampas 10 lagi ketulan mampat ganja dalam bahagian but kenderaan tersebut.

"Anggaran dadah yang dirampas ialah sebanyak 10.3 kilogram (kg) dan harga pasaran RM20,800,"katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah hotel di Sungai Nibong pada pukul 4.15 pagi dan menahan sepasang kekasih berusia 19 serta 20 tahun yang menyewa bilik di situ.

Jefri berkata pemeriksaan ke atas mereka dan bilik hotel itu tidak menemui apa-apa namun pemeriksaan lanjut dalam kereta jenis BMW milik lelaki yang ditahan berkenaan polis merampas 18 ketulan mampat ganja seberat 18kg bernilai RM49,520.

Katanya siasatan awal mendapati empat orang itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak tiga bulan lepas dan mereka memasarkan ganja yang diperolehi daripada sindiket di sekitar bahagin pulau negeri ini.

Semua ganja yang dirampas daripada mereka yang tidak bekerja itu boleh digunakan kira-kira 56,000 penagih, katanya.

"Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM2,500 dan sebuah kereta jenis Mazda serta motosikal Yamaha LC daripada mereka.Semuanya bernilai RM45,500,"katanya.

Beliau berkata semua mereka direman selama lima hari dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel