Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Serah pembangunan struktur telekomunikasi sebelum hujung tahun


Tarikh kemaskini: 29/11/2018




IPOH, 29 Nov (Bernama) -- Pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi diminta menyerahkan senarai pembangunan struktur telekomunikasi kepada Jawatankuasa Pemutihan Telekomunikasi sebelum hujung tahun ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata penyerahan senarai sebelum 31 Dis ini penting bagi mengenal pasti jumlah menara yang beroperasi secara haram di negeri Perak. 

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi sekiranya tidak menyerahkan senarai berkenaan termasuk mengeluarkan notis dan penguatkuasaan,” katanya semasa menjawab soalan lisan Loh Sze Yee (DAP-Jalong) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong berkata sejak enam bulan lepas, pihaknya telah mengadakan beberapa pertemuan dengan syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan maklumat mengenai pembinaan menara haram yang semakin berleluasa.

Dalam pada itu, Hasnul Zulkarnain berkata lokasi penentuan pembinaan menara telekomunikasi adalah berdasarkan kawasan yang mempunyai masalah liputan sama ada melalui aduan orang awam atau melalui ujian kualiti liputan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Selain itu, lokasi menara yang akan dibina bergantung kepada pelbagai faktor teknikal seperti ketersediaan 'line offside' rangkaian sedia ada dan bekalan elektrik kekal serta kemudahan muktamad bagi pembinaan sesuatu menara akan ditentukan oleh PBT yang berkaitan.

 "Oleh yang demikian, pihak SKMM memohon kerjasama daripada ADUN supaya dapat menyalurkan maklumat mengenai masalah liputan telekomunikasi di kawasan masing-masing kepada SKMM agar dapat dijadikan panduan merangka pembangunan pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata pembinaan menara telekomunikasi di kawasan bandar, luar bandar, perumahan, sekolah atau rumah ibadat dipantau berpandukan kepada garis panduan pembinaan menara dan struktur pemancar telekomunikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel