Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pergaduhan kaum di Gurun dan Kuala Ketil berita palsu


Tarikh kemaskini: 28/11/2018





ALOR SETAR, 28 Nov (Bernama) -- Polis hari ini menafikan berlakunya pergaduhan kaum antara Melayu dengan India di Gurun dekat Kuala Muda dan Kuala Ketil dekat Baling seperti yang tersebar dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Abd Rahim Jaafar menegaskan tiada sebarang kejadian pergaduhan antara kaum itu dengan keadaan di kedua-dua kawasan berkenaan selamat, aman dan sejahtera.

“Adalah dimaklumkan, penyebaran gambar dan mesej berkenaan wujudkan ketegangan kaum ini adalah tidak benar sama sekali...penyebaran berita palsu ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan kegusaran dan ketakutan kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Abd Rahim menasihati orang ramai supaya menghentikan perbuatan menyebarkan berita atau maklumat palsu dalam media sosial kerana ia boleh mencetuskan sentimen perkauman dan menggugat keselamatan serta keamanan negara.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang cuba menggugat ketenteraman awam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu itu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel