Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perkim Perlis anggar belanja lebih RM1.4 juta tahun depan


Tarikh kemaskini: 19/11/2018




KANGAR, 19 Nov (Bernama) -- Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis menganggarkan lebih RM1.4 juta akan dibelanjakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan untuk anggota-anggotanya sepanjang tahun depan.

Pengerusinya Datuk Ahmad Jusoh berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM400,000 untuk penganjuran kelas bimbingan fardu ain termasuk bacaan al-Quran dan kursus untuk memantapkan akidah saudara baharu. 

“Pelaksanaan program-program ini akan menggunakan wang sumbangan Perkim pusat, baitulmal negeri, kerajaan negeri dan juga penderma,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad berkata jumlah tersebut juga termasuk bayaran elaun kepada guru-guru terlibat mengendalikan  kelas, kursus ???????serta bantuan pinjaman modal untuk saudara baharu menjalankan perniagaan??????? dan bantuan awal persekolahan.

Tahun lepas, seramai 165 saudara baharu mendapat kemudahan pinjaman tersebut bagi menjalankan perniagaan, katanya.

Bagaimanapun, menurut Ahmad, Perkim masih memerlukan sumbangan penyenggaraan rumah perlindungan sementara kepada saudara-saudara baharu termasuk perbelanjaan makan minum mereka sehingga kedudukan mereka stabil selepas memeluk agama Islam.

-- BERNAMA
 

 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel