Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lembaga Zakat Kedah taja belia asnaf tingkat kemahiran


Tarikh kemaskini: 18/11/2018




SINTOK, 18 Nov (Bernama) -- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan menaja 30 orang belia golongan asnaf bagi mengikuti Program Kemahiran Industri Belia Asnaf di Kulim Hi-Tech Park, dalam usaha mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, tajaan itu merupakan yang kedua selepas kejayaan program perintis di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara di sini, sehingga  melahirkan 64 pelatih berkemahiran tinggi bagi memenuhi pasaran pekerjaan.

“Kita sedang bekerjasama dengan Kulim Hi-Tech pula untuk melatih 30 belia asnaf dan untuk tujuan itu sebanyak RM165,000 diperuntukkan dan program ini lebih istimewa apabila pelatih yang menamatkan kursus akan terus ditawarkan pekerjaan.

“Mereka mendapat jaminan pekerjaan kerana kursus-kursus yang disediakan memenuhi tuntutan pihak industri,” katanya kepada pemberita pada Majlis Graduasi Belia Asnaf LZNK dan ABM Wilayah Utara di sini, hari ini.

Seramai 64 orang pelatih menerima Sijil Kecekapan Kemahiran masing-masing yang membabitkan tujuh kursus antaranya jentera berat, pendingin hawa dan kimpalan.

Sementara itu, pelatih cemerlang, Mohd Fakhri Yusof, 26, berkata, beliau bersyukur kerana terpilih mengikuti program kemahiran itu dan sudah bekerja di Petronas Rapit Pengerang di Johor sebagai penyelia.

“Kalau kita lemah dalam akademik atau tercicir janganlah berputus asa kerana bidang kemahiran pada masa ini cukup mendapat permintaan, saya sudah berjaya dan akan tunaikan zakat supaya dapat membantu asnaf-asnaf lain pula memperbaiki kehidupan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel