Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buruh ladang kelapa sawit ditahan miliki 80 kg daun ketum


Tarikh kemaskini: 18/11/2018




PARIT, 18 Nov (Bernama) -- Seorang buruh ladang kelapa sawit ditahan polis kerana memiliki 80 kilogram daun ketum di Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata?????? pihak polis melakukan rondaan di kawasan itu kira-kira pukul 5.00 pagi dan menahan suspek yang memandu kereta jenis Proton Perdana selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan. ????

“Pemeriksaan di tempat barang belakang kereta suspek, menjumpai empat bungkus plastik hitam berisi daun hijau disyaki ketum seberat 80 kilogram,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek mendapatkan bekalan daun ketum dari Kampung Gajah dan mahu menghantarnya ke Pahang untuk dijual.

Katanya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala hasil ujian air kencing negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel