Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganjur ambil langkah jadikan Ironman Langkawi sukan lasak mesra alam


Tarikh kemaskini: 18/11/2018





LANGKAWI, 18 Nov (Bernama) -- Ironman Langkawi 2018 yang berakhir semalam bukan hanya menjadi acara sukan lasak tetapi juga platform untuk penganjurnya menyemai amalan kitar semula dan penjagaan alam sekitar.

Menurut Pengarah Acara Ironman Malaysia, C G Lim, inisiatif itu dijalankan sepanjang empat hari  kejohanan itu berlangsung dalam usaha mengekalkan kebersihan dan keindahan pulau peranginan ini.

Selain menyediakan tong khas kitar semula di tiga lokasi utama penganjuran Ironman Langkawi, sukarelawan yang bertugas di lapan stesen minuman untuk peserta juga mengumpulkan bahan-bahan buangan plastik sebelum kesemua sampah dibawa ke tanah besar oleh syarikat pelupusan sisa pepejal E-Idaman Sdn Bhd, katanya kepada Bernama, di sini.

Lim berharap inisiatif Ironman Langkawi itu akan menjadi penanda aras kepada program sukan lain.

"Kalau semua tidak ambil kisah, susah kita mahu kekalkan keindahan pulau ini. Jadi apa kata sambil bersukan, kita jalankan tanggungjawab dengan mengitar semula sampah yang dijana semasa program yang dijalankan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel