Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tanjung Malim akan jadi bandar belia Komanwel


Tarikh kemaskini: 17/11/2018





TANJUNG MALIM, 17 Nov (Bernama) — Tanjung Malim akan dibangunkan sebagai bandar belia  Komanwel pertama  di dunia tidak lama lagi, kata  Anggota Dewan Undangan Negeri  (ADUN) kawasan Behrang Aminuddin Zulkipli.

Beliau berkata sebidang tanah seluas sembilan hektar telah dikenalpasti bagi membina ibu pejabat bagi Majlis Pemuda Komanwel dan Rangkaian Belia Komanwel yang akan dimulakan dua tahun lagi dan kini proses pengambilan tanah sedang dilakukan.

"Ibu pejabat rasmi itu akan menyediakan ruang kerja untuk organisasi antarabangsa, pejabat maya untuk modal teroka Komanwel dan pelabur, kemudahan untuk bengkel dan aktiviti belia serta makmal untuk memanfaatkan kreativiti dan inovasi, "katanya.

Aminuddin yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak memberitahu pemberita selepas melancarkan  bandar belia Komanwel di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), di sini hari ini.

Majlis pelancaran disaksikan oleh wakil belia dari United Kingdom, Amerika Syarikat, China, Rusia, Pakistan, Malta, Fiji, Kepulauan Solomon, Australia, India, Ghana dan Bahrain.

Aminuddin berkata bandar belia Komanwel akan memanfaatkan infrastruktur awam yang sedia ada, kemudahan dan kerjasama dengan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan masyarakat awam.

“Bandar ini akan mempunyai sistem teknologi tinggi seperti blockchain, analisis data yang besar serta ciri-ciri futuristik yang lain,” katanya.

Bandar beliau Komanwel akan  merangkumi hab inovasi, hotel perniagaan, suite SOHO dan rumah mampu milik untuk memberi peluang kepada para belia  membangunkan diri mereka dalam bidang pekerjaan dan keusahawanan serta pemupukan kemahiran vokasional di kalangan belia.

Sementara itu, Aminudin dalam ucapan perasmiannya berkata bandar belia Komanwel akan menggabungkan kedua-dua kemajuan dalam teknologi digital dan pemikiran baru dalam konsep hubungan masyarakat, kemampanan alam sekitar, demokrasi penyertaan, tadbir urus dan ketelusan.

Beliau menambah inisiatif  bandar belia  ini juga  akan dibangunkan di beberapa negara Komanwel dan bukan Komanwel untuk mewujudkan rangkaian bandar-bandar pemuda yang akan dikenali sebagai Komuniti Bandar Belia.

“Kami ingin melihat komuniti bandar belia ini akan meningkatkan integrasi antara negara anggota Komanwel dan bukan Komanwel, membolehkan mereka  saling berhubungan dari segi sosial, ekonomi, alam sekitar dan politik," katanya.

Dengan mengubah bandar yang kurang maju kepada bandar yang moden, dinamik dan inklusif, bandar belia Komanwel ini  bertujuan mengurangkan kadar penghijrahan belia dari kawasan luar bandar ke bandar-bandar besar, meningkatkan taraf hidup dan pembangunan di kawasan separuh bandar dan dengan itu menjadikan kawasan itu sebuah hab untuk belia.

Projek berwawasan ini  diumumkan oleh Putera Charles of  Wales semasa Sidang Kemuncak Pemuda Komanwel pada November 2017, disokong oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Perak dengan kerjasama Pusat Inovasi Pemuda Komanwel dan majlis pemuda tempatan di Malaysia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel