Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perak akan hidupkan semula industri bijih timah - Exco


Tarikh kemaskini: 17/11/2018




IPOH, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak akan menghidupkan kembali industri bijih timah yang dijangka mampu memberi pertambahan pendapatan kepada negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata untuk itu, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat perlombongan bijih timah dari Australia bagi membantu dalam merealisasikan industri perlombongan di negeri ini.

"Syarikat dari Australia itu mempunyai sistem teknologi perlombongan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan teknologi yang mereka gunakan adalah yang terkini serta selamat.

"Oleh itu, apabila industri perlombongan ini kembali aktif, secara tidak langsung industri mineral ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri ini, seterusnya dapat memberi pulangan yang baik kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI), di sini, hari ini.

Mohammad Nizar berkata, ketika ini permintaan terhadap bijih timah semakin meningkat dan yakin perlombongan bijih timah adalah sektor menarik untuk diusahakan.

"Harga bijih timah di pasaran ketika ini ialah sekitar RM80,000 setan dan ini sudah tentu menjanjikan pulangan lumayan untuk diusahakan kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai sektor," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel