Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis selamatkan 11 pekerja asing yang dianiaya majikan


Tarikh kemaskini: 16/11/2018





BUKIT MERTAJAM, 16 Nov (Bernama) -- Polis berjaya menyelamatkan 11 lelaki pekerja asing yang dianiaya majikan mereka dengan dibayar gaji murah tanpa sebarang kemudahan lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada enam lelaki Bangladesh dan lima Myanmar berusia 25 hingga 40 tahun itu diselamatkan dalam serbuan polis di sebuah kilang di Ara Kuda di sini  pada jam  4.30 petang semalam.

"Dalam serbuan itu polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 20 hingga 21 tahun dipercayai majikan mereka yang telah mengeksploitasi pekerja warga asing di kilang berkenaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja asing itu telah bekerja di kilang kayu getah itu  sejak satu hingga lima tahun dan tidak dibayar gaji pokok serta hanya menerima upah memotong kayu getah sebanyak RM35 hingga RM45 bagi setiap tan kayu yang dipotong.

Mereka juga hanya diberi rehat satu hari setiap minggu dan tidak diberikan penginapan yang sesuai sebaliknya hanya tinggal di pondok buruk di tepi kilang yang dibuat daripada  bahan terpakai.

Nik Ros Azhan berkata selain itu, pekerja asing berkenaan hanya diberi ubatan dari kedai runcit jika sakit dan mereka juga didapati tiada perlindungan insurans walaupun pekerjaan  berisiko tinggi kerana melibatkan mesin pemotong kayu.

"Kesemua mangsa tidak menyedari bahawa upah yg di terima murah dan hak sebagai pekerja tidak diberikan malah mereka terpaksa bertahan untuk bekerja di kilang berkenaan memandangkan mangsa tiada dokumen serta permit kerja yang sah," katanya.

Beliau berkata siasatan juga mendapati semua pekerja asing itu tidak dibenarkan keluar dari kawasan kilang berkenaan dan wang gaji mereka akan ditolak jika engkar arahan majikan di situ.

Pemilik kilang itu dipercayai mengaut keuntungan ribuan ringgit kerana gaji sepatutnya yang dibayar ialah bagi setiap tan kayu getah yang dipotong antara RM60 hingga RM100 dan sehari seorang pekerja boleh memotong sehingga satu tan kayu, katanya.

Beliau berkata semua pekerja asing itu dihantar ke Jabatan Imigresen untuk didokumentasi manakala tiga lelaki tempatan berkenaan direman empat hari bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel